Sunday, August 15, 2010

Min dah ramai kawan di Kindi

Alhamdulillah dah hampir 2 bulan Min belajar di Hillcreast Kindergarten...dulu agak susah nak hantar Min ke sekolah...asyik ponteng je...dah masuk bulan ke 3 ni baru nampak okey sikit...mungkin sebab sekarang dah ramai kawan Min yang Melayu turut bersekolah di sana (Sarah, Aisyah & Akid) dan seorg lagi Indonesia (Kayla)...dah lama tak rakam gambar Min kat tadika (kamera tak berapa okay...mood nak ambil gambar pun tak de)...

Wednesday, May 5, 2010

Welcome to Hillcreast kindergarten

Ahamdulillah akhinya penantian Min untuk masuk Kindi berakhir...tadi mama dah terima panggilan telefon...pihak kindi minta mama tandatangan beberapa borang & pada 17 Mei nanti Min dengan rasminya menjadi murid kat Hillcreast Kindergarten...lepas ni tinggallah Wafa dengan mama je kat rumah...

Sudut favourite Min...tempat masak2 & baby2
Tengah lunch...hari ni mama buat burger
kawan Min ni sibuk suruh mama ambik gambar dia

Monday, April 12, 2010

Kolam air suam

Tengah2 mama sibuk mengemas kat rumah baru ni...Yasmin terjumpa pulak kolam kat dalam garaj...lepas tu sibuk nak mandi kolam...oleh kerana cuaca kat sini agak sejuk terpaksalah mama angkut air panas kat dalam rumah...dekat 10 baldi baru penuh...tu lah syok Min & adik berendam sebab kolam tu air suam....

Tengah mandikan anak patung

Tengoklah aksi Min tu...buat gelembung baju...teringat pulak zaman mama mandi air pancur kat kampung dulu

Min & adik

Tuesday, March 16, 2010

Glamorgan Idol & rawatan wajah

Yasmin sejak akhir2 ni suka betul tengok nyanyian Miley Cyrus dalam you tube...lepas tu mulalah berangan nak jadi penyanyi & si adik pulak suka benor mengikut dia...tengoklah aksi budak dua orang ni...
Ni pulak Min tengah buat rawatan mata...tak tahulah mana dia belajar...habis timun mama nak buat makan dengan nasi lemak...

Tuesday, March 9, 2010

Cikgu Yasmin

Min selalu tengok Cerita Upin & Ipin...watak yang paling Min suka ialah Cikgu Yasmin sebab kata Min sama dengan nama Min...haa ni dia Cikgu Yasmin tu..

ni pulak Cikgu Najwa
Cikgu tengah buat apa tu? dah mandi ke belum?

Sunday, February 21, 2010

Jom baca buku


Min masuk kindi sepatutnya pukul 9 pagi...tapi Min biasanya pukul 10.30 baru sampai sebab antara pukul 9 hingga 12 aktivitinya main je...cuma pukul 12 hingga 1 tengahari baru ada aktiviti membaca, bercerita & menyanyi...

Min dah mula pandai cari kawan...tapi disebabkan Min tak pandai speaking maka pergaulan Min dengan kawan2 agak terbatas

ni antara gambar Min yg sempat mama rakam

Min bersiap sedia untuk ke sekolahPandai ke baca buku!!! tengok gambar je...Masa untuk makanAktiviti berkumpulan...kat sekolah Min agak pemalu
Jom menyanyi...lagu Bean Beg

Tuesday, February 2, 2010

Min di Glamorgan Kindergarten


Hari ni merupakan hari kedua Min bersekolah...Hari ni dan semalam Min ditemani oleh Kakak (sebab kakak masih bercuti)...Mama dah ingatkan Min mulai esok Min kena pergi sekolah sorang2 je sebab Kakak dah mula bersekolah...Mama suruh kakak temankan sebab Mama suruh Kakak ajar macammana nak letak beg, nak ambil makanan, nak simpan balik makanan, nak ke tandas, nak say hello pada kawan2 dan lain2...

Mama dah cakap dengan cikgu may be Min menangis bila Papa tinggal sorang2 nanti...Cikgu kata tak apa mereka boleh selesaikan...Esok Min akan mula bersekolah sorang2...macammanalah Min nanti ya...Kalau sekolah kat Malaysia Mama tak risau sebab Min boleh cakap apa yang dia nak....ni macam orang bisu...sebab kalau Min cakap orang tak faham & Min jugak tak faham apa yang orang cakap...Min selalu cakap dengan Mama...Mama Min tak pandai English...sabarlah Min ya...nanti Min lebih terror dari Mama...

Min dalam perjalanan ke sekolah
Tempat surat Min & Attendant board
Min bersiap sedia nak makan
Min sedang melakukan aktiviti
Min sedang mendengar cikgu membaca buku cerita
Min pulang dari sekolah

Monday, February 1, 2010

Cantiknya Burung Merak

Minggu lepas Min pergi ke Shakepeare...Min jumpa burung merak...cantik sangat...masa datang dulu Burung Merak ni garang sangat...dia pernah patuk Chik Syukur...tapi kali ni dia baik je...jadi apa lagi Min, Kakak dan Abang sibuk nak bergambar...

Ni lah si Merak tu...ooohhh cantiknya kata MinMin, Abang, Kakak dan Zahim sedang asyik melihat burung merak

Template by Abdul Munir
Visit Original Post Fly Net 04