Tuesday, February 2, 2010

Min di Glamorgan Kindergarten


Hari ni merupakan hari kedua Min bersekolah...Hari ni dan semalam Min ditemani oleh Kakak (sebab kakak masih bercuti)...Mama dah ingatkan Min mulai esok Min kena pergi sekolah sorang2 je sebab Kakak dah mula bersekolah...Mama suruh kakak temankan sebab Mama suruh Kakak ajar macammana nak letak beg, nak ambil makanan, nak simpan balik makanan, nak ke tandas, nak say hello pada kawan2 dan lain2...

Mama dah cakap dengan cikgu may be Min menangis bila Papa tinggal sorang2 nanti...Cikgu kata tak apa mereka boleh selesaikan...Esok Min akan mula bersekolah sorang2...macammanalah Min nanti ya...Kalau sekolah kat Malaysia Mama tak risau sebab Min boleh cakap apa yang dia nak....ni macam orang bisu...sebab kalau Min cakap orang tak faham & Min jugak tak faham apa yang orang cakap...Min selalu cakap dengan Mama...Mama Min tak pandai English...sabarlah Min ya...nanti Min lebih terror dari Mama...

Min dalam perjalanan ke sekolah
Tempat surat Min & Attendant board
Min bersiap sedia nak makan
Min sedang melakukan aktiviti
Min sedang mendengar cikgu membaca buku cerita
Min pulang dari sekolah

0 comments:

Post a Comment

Template by Abdul Munir
Visit Original Post Fly Net 04